BUKAN lagi rahsia mengenai model SUV kedua, Proton X50 yang dikatakan bakal masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tambahan tular di laman Facebook baru-baru ini yang katanya Proton X50 akan diperkenalkan tahun ini. Bukan saja sudah tahu bila akan dilancarkan, malah harga jualan Proton X50 juga didedahkan. Hebat-hebat netizen sekarang.
Sebenarnya sudah agak lama kami menyimpan rahsia mengenai Proton X50. Dan kami rasa sudah tiba masa untuk memberikan sedikit maklumat yang kami tahu setakat ini mengenai Proton X50. Berikut ialah sedikit maklumat yang kami boleh kongsikan kepada semua.
1.) Ya, Proton X50 sah bakal masuk Malaysia. Tetapi bukan tahun ini. Menurut sumber kami boleh dipercayai, model SUV kedua Proton ini akan dilancarkan tahun hadapan.
2.) Begitu juga dengan nama yang sudah disahkan iaitu Proton X50 susulan tersiar foto sijil tanda dagang @ trademark, X50 dengan kepala surat Perbadanan Harta Intelek Malaysia (lihat gambar bawah) yang dikongsikan portal permotoran,
3.) Malah, Ketua Kejuruteraan Proton, Yang Jun turut mengesahkan Proton bakal memperkenalkan model baharu yang akan dijana enjin 1.5L pengecas turbo, yakni X50. Dan enjin ini juga bakal digunapakai bagi varian terbaharu Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) yang jangka akan diperkenalkan hujung tahun ini.
4.) Dari segi harga, ia masih belum didedahkan. Jika ikut pada segmen, Proton X50 bakal bersaing dengan Honda HR-V, Mazda CX-3, Subaru XV, Peugeot 2008 dan Toyota C-HR. Jika Proton X70 dijual pada harga serendah RM99,800, jadi tahu-tahu sajalah berapa anggaran bagi X50.
5.) Kami juga dimaklumkan Proton X50 sudah tiba di Malaysia dan ia sedang menjalani ujian daripada pihak Proton. Pihak pengurusan tertinggi DRB-HICOM juga dikhabarkan sudah melihat dan menyentuh SUV kompak itu.
6.) Berdasarkan spesifikasi Geely Binyue, Proton X50 akan dibina atas platform modular BMA, yang dibangunkan bersama subsidiari Volvo dengan menawarkan lebih fleksibiliti untuk disesuaikan dengan pelbagai variasi enjin.
Persoalannya, berapakah harga ditawarkan akan adakah berada dalam julat harga bermula RM70,000 hingga RM80,000. Apa yang pasti SUV ini akan lebih murah daripada X70 yang berharga bermula RM99,800. Jadi ramalan kami, harga Proton X50 mungkin dalam julat RM75,000. Mungkin !!!
Rasanya setakat ini saja kami dedahkan serba sedikit mengenai Proton X50. Belanja sikit dulu. Bak kata CEO Proton, kita belanja sarapan dulu. Yang lain-lain tunggu makan tengah hari dan malam. Apa yang pasti, Proton X50 sah masuk Malaysia.
GALERI
27.7K
SHARES
|
Comments