Ancaman Tsunami di SABAH!

LAHAD Datu, Sabah, berdepan dengan ancaman tsunami berpunca daripada gempa bumi dasar laut di perairannya, selain gempa bumi dasar laut di perairan Filipina atau Indonesia.
goo ads
Kemungkinan itu berdasarkan kedudukan Lahad Datu yang dikenal pasti antara lokasi paling kerap dilanda gempa bumi di Sabah, selain Ranau, berikutan kewujudan dua sesar aktif di daerah itu dengan ada antara gempa sebelum ini dikesan berpusat di laut.

Kawasan pantai timur dan utara Sabah bermula dari Kudat hingga ke Tawau berisiko tinggi dilanda tsunami jika berlaku gempa bumi kuat dasar laut di Laut Sulu atau Laut Sulawesi.

Risiko tsunami adalah jelas berdasarkan rekod Filipina bahawa kawasan utara dan pantai timur Sabah pernah dilanda tsunami setinggi dua meter selepas gempa bumi kuat berukuran 7.5 skala Richter berpusat di Laut Sulu, Zamboanga pada 21 September 1897.
Sementara itu, Kawasan pantai barat termasuk bandar raya ini juga boleh diancam tsunami, namun risikonya agak rendah berbanding kawasan pantai timur berikutan kedudukannya yang jauh dari lokasi pusat gempa bumi dasar laut di negara jiran.





“Masih ada risiko, tetapi agak rendah sebab kedudukan sumber tsunami di Peparit Manila, Filipina yang agak jauh berbanding sumber tsunami di Peparit Sulu dan Peparit Sulawesi untuk pantai timur Sabah.
Semoga kita dijauhi dari Malapetaka ini, amin.

Comments