Faktor Cuaca Punca Pesawat Terhempas?

“Pesawat itu sudah beroperasi selama 800 jam dan ia masih baru belum melalui sebarang pemeriksaan major (utama).
“Kemungkinan agak rumit untuk pesawat rosak, ini kerana, sekiranya dua enjin rosak, ia masih mampu terbang.
“Dalam situasi ini, masalah dikesan selepas kapal terbang berlepas, sepatutnya tiada sebarang masalah untuk berpatah balik, melainkan faktor cuaca. Justeru rumit untuk membuat sebarang spekulasi, kita tunggu hasil siasatan,” katanya.
Pada perkembangan sama, pensyarah Fakulti Kejuruteraan Bidang Aeronautik, Prof Madya Ainullotfi Bin Abdul Latif pula berkata, insiden terbabit sememangnya mengejutkan banyak pihak apatah lagi dengan maklumat yang diterima tiada faktor luar mempengaruhi kemalangan itu.
“Banyak pihak belum kenal pasti apakah punca sebenar kejadian pesawat terhempas ini namun buat masa ini apa yang paling penting adalah menjalankan operasi mencari serta menyelamat (SAR).
“Selepas itu, pihak berkaitan perlu mencari rekod komunikasi pesawat terbabit termasuk kotak hitam bagi mengetahui punca kejadian,” katanya.


Pagi semalam, pesawat Lion Air JT-610 meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada jam 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara pada jam 6.33 pagi.
Juruterbang pesawat itu memberi indikasi untuk kembali sebelum ia hilang dari radar.
Pesawat yang dalam perjalanan dari ibu kota berkenaan ke Pangkal Pinang terhempas di luar perairan Karawang. Ia membawa 178 penumpang dewasa, seorang kanak-kanak, dua bayi dan tujuh kru.

kesemua penumpang dan anak kapal terkorban

Comments