Pengarah Operasi Pesawat dan Kelayakan Terbang kementerian, Kapten Avirianto memohon pengarah PT Lion Mentari Airlines, yang mengendalikan Lion Air dan PT Garuda Indonesia, supaya menjalankan beberapa pemeriksaan ke atas pesawat.
Avirianto meminta mereka memeriksa kumpulan pesawat MAX 8 untuk sebarang tanda masalah berulang dalam log penerbangan, prosedur mencari penyelesaian, kesesuaian antara prosedur itu dan standard kelayakan terbang serta peralatan mencukupi dalam penerbangan dan kemudahan melaksanakan prosedur penyelesaian.
Katanya, keputusan itu akan dihantar kepada direktorat penerbangan awam dan kelayakan terbang kementerian untuk semakan.
Katanya, keputusan itu akan dihantar kepada direktorat penerbangan awam dan kelayakan terbang kementerian untuk semakan.
Terdahulu, Budi berkata, pesawat Lion Air JT610 yang memberi khidmat laluan Jakarta-Pangkal Pinang, disahkan layak terbang dan memiliki sijil kelayakan serta pendaftaran pesawat pada hari nahas berlaku.
Menteri itu juga berkata, syarikat penerbangan itu dikehendaki menjalankan proses mengenal pasti kecergasan pesawat untuk terbang, seperti penyelenggaraan berkala ketika tempoh sah dokumen.
Katanya, kerajaan juga bercadang menghantar pasukan pemeriksa untuk menjalankan audit khas ke atas PT Lion Mentari Airlines dan syarikat penyelenggaraan Batam Aero Technic.
Comments
Post a Comment