Kronologi Projek Jambatan Bengkok

5 Julai 1996: 
Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mencetuskan idea untuk merobohkan Tambak Johor yang menjadi pintu masuk selatan negara dan diganti dengan jambatan baharu.
8 Julai 1996: 
Perdana Menteri Singapura ketika itu, Goh Chok Tong menganggap cadangan Malaysia untuk menggantikan Tambak Johor tidak mengejutkan republik itu.
1 Ogos 1996: 
Dr Mahathir umum jambatan baharu bagi menggantikan Tambak Johor bakal dibina secepat mungkin setelah mendapat persetujuan Singapura.
4 September 2001: 
Kedua-dua negara bersetuju dengan cadangan tambahan Malaysia berhubung pembinaan jambatan baharu yang dianggarkan siap pada tahun 2007.

13 Jun 2004: 
Malaysia memulakan kerja pembinaan fasa awal.
24 Januari 2005: 
Keputusan untuk membatal atau meneruskan pembinaan jambatan bernilai RM2 bilion itu terus berlarutan dan bergantung kepada hasil rundingan dengan Singapura.
27 Ogos 2005: 
Tiada kata putus dibuat oleh Singapura berkaitan projek berkenaan, namun Malaysia bertegas mahu meneruskannya.
6 Februari 2006: 
Singapura sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk meneruskan pembinaan jambatan itu tetapi meletakkan dua syarat iaitu menjual pasir kepada republik itu dan membuka ruang udara Johor untuk keperluan latihan jet pejuangnya.
9 Mac 2006: 
Malaysia meneruskan kerja awal pembinaan jambatan berikutan Singapura tidak memberikan kata putus mengenai projek jambatan lurus.
12 April 2006: 
Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi memutuskan Malaysia menghentikan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.
26 Jun 2010: 
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar cadangan pembinaan jambatan bengkok dipertimbangkan semula.
17 April 2014: 
Dr Mahathir sekali lagi kepentingan jambatan itu dibina ketika menghadiri sebuah acara di Iskandar Malaysia.
17 October 2018 : Dr Mahathir, perdana menteri malaysia sekarang, bercadang meneruskan pembinaan Projek Jambatan Bengkok bagi mengantikan Tambak Johor.




Comments