Masalah Teknikal Punca JT610 Terhempas

PESAWAT Boeing 737 MAX milik Lion Air yang terhempas di perairan Indonesia pagi semalam terbang dalam keadaan terhuyung-hayang ketika penerbangan Denpasar-Jakarta, malam sebelumnya akibat masalah teknikal.
Menurut laman web pengesan penerbangan FlightRadar24, pesawat berlepas dalam keadaan tidak stabil apabila ia menurun 875 kaki (267 meter) dalam tempoh 27 saat, sedangkan ia sepatutnya menaik.
Bagaimanapun, juruterbang berjaya mengawal pesawat dan meneruskan perjalanan ke Jakarta.
Difahamkan, juruterbang turut meletakkan pesawat pada altitud maksimum 28,000 kaki (8,534.4 meter) berbanding 36,000 kaki (10,972.8) di laluan sama.
Ketua Eksekutif Lion Air, Edward Sirait memberitahu media semalam, masalah teknikal berlaku dalam penerbangan Denpasar-Jakarta, namun ia sudah dipulihkan ‘mengikut prosedur.

Comments