Tiada Istilah Rogol Dalam Perkahwinan

“BELUM tiba masanya menjadikan rogol dalam perkahwinan sebagai kesalahan,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin.
gambar hiasan
Katanya, perlakuan rogol dalam perkahwinan sukar dibuktikan di mahkamah, sekali gus membuatkannya tidak dilihat sebagai kesalahan buat masa ini.
Katanya, pesalah lebih cenderung untuk dilepas berbanding disabitkan dengan kesalahan itu.
“Kerajaan mengambil kira semua faktor. Bagaimanapun, jika ada kes membabitkan kekerasan rumah tangga, Seksyen 375A Kanun Keseksaan digunakan untuk memastikan hak wanita terjamin,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-PKR Petaling Jaya) mengenai pendirian kerajaan berhubung kesalahan rogol dalam perkahwinan.
Mohamed Hanipa turut mengalu-alukan pandangan semua pihak tanpa mengira kaum bagi memberi kesedaran berhubung kes terbabit kerana ia dianggap sebagai isu merentasi agama.



Comments