KERUSI, roda dan beberapa bahagian pesawat Lion Air yang terhempas dibawa keluar dari dasar laut sementara pasukan penyelam menyelam sedalam 25 hingga 35 meter bagi mencari badan pesawat.
Komander bahagian mencari dan menyelamat tentera laut Indonesia, Isswarto berkata, pasukan menyelam masih menjumpai serpihan pesawat, namun jumlahnya kurang berbanding sebelum ini.
“Serpihan-serpihan kecil ditemui termasuk roda pesawat dan kerusi. Semuanya hancur berkecai.
“Serpihan-serpihan itu berselerak di dasar laut dan antaranya dipercayai sudah dibawa arus,” katanya.
Sementara itu, banyak beg yang mengandungi cebisan tubuh mangsa dibawa ke hospital bagi menjalani ujian DNA untuk mengenal pasti identiti mangsa.
Isswarto berkata, bagaimanapun ramai mangsa belum ditemui dan berharap dapat ditemui segera termasuk mereka yang mungkin masih terikat di tempat duduk pesawat.
Comments
Post a Comment