Skip to main content

KPN Sahkan, Adib tidak dilanggar, tetapi dipukul

Polis menyangkal dakwaan dibuat Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mengatakan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dilanggar.
Muhammad Adib
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, perkara itu juga sudah dijelaskan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohamad Hamdan Wahid semalam. “Maklumat itu tidak benar, kita dah kenal pasti pihak yang buat dakwaan.
“Mangsa memang dipukul, bukan dilanggar dan kita masih buru mereka yang bertanggungjawab atas kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Forum Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC): Ke Arah Perkhidmatan Kepolisan Yang Cemerlang di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras di sini sebentar tadi.


Comments