Skip to main content

Proton Saga facelift 2019 Selamat Dilancarkan

Proton Saga 2019 Gambar 1

Proton Saga 2019

Proton Saga facelift 2019 telahpun selamat dilancarkan sebentar tadi. Dan seperti yang diketahui, Saga kini ditawarkan dalam tiga varian berbeza berbanding empat pada model asal generasi ketiga yang dilancarkan pada tahun 2016. Versi asas Standard MT dan Standard AT serta versi tertinggi Premium AT masih lagi kekal, tetapi model pertengahan Executive AT sudahpun digugurkan.
Jadi, apa beza antara setiap varian ini? Dalam artikel ini kami akan rungkai perincian setiap varian bagi memudahkan anda melihat perbezaan antara satu sama lain. Dijual dengan harga bermula RM32,800 hingga RM39,800, kesemua varian Saga baharu ini dijana oleh enjin yang sama seperti sebelum ini iaitu 1.3L VVT berkuasa 94 hp pada takat 5,750 rpm tork maksima 120 Nm pada takat 4,000 rpm.
Kotak gear lima kelajuan-manual dari model MT sebelum ini juga terus digunakan, tetapi untuk model AT, transmisi CVT tidak lagi dipakai tetapi digantikan dengan kotak gear automatik empat kelajuan torque converter konvensional yang diambil dari Hyundai. Cakera brek dan angkup brek juga kini lebih besar diambil terus dari Iriz dan Persona.
Gambar Saga 2019 1

Kesemua model Saga 2019 juga akan hadir dengan lampu hadapan reflektor halogen, dan lima pilihan warna iaitu Jet Grey, Snow White, Ruby Red, Armour Silver, dan Rosewood Marron. Untuk keselamatan pula, tidak kira varian, semua Saga kini hadir lengkap dengan sistem brek ABS dan EBD serta dua beg udara.
Pada bahagian dalaman, semua Saga menerima perlalatan standard seperti papan meter baharu sama seperti Exora RC bersama skrin pelbagai info monokrom. Semua varian juga akan menerima kunci baharu yang boleh dilipat, serta diberikan butang untuk membuka but belakang.
Untuk model Standard MT dan AT akan hadir dengan 
Gambar Saga 2019 9

Gambar Saga 2019 3

Gambar Saga 2019 10

Gambar Saga 2019 7

  • Lampu utama reflektor halogen
  • Cermin sisi larasan elektrik, lipatan manual
  • Butang but belakang pada kunci kawalan jauh
  • Spoiler but belakang
  • Paparan meter baharu dengan skrin pelbagai info monokrom
  • Upholsteri fabrik
  • Tempat duduk hadapan boleh dinaikkan, larasan manual
  • Tempat duduk belakang boleh lipat
  • Unit audio 1DIN & Bluetooth
  • Tempat duduk fabrik
  • Dua pebesar suara
  • Cagak ISOFIX tempat duduk kanak-kanak
  • 2 beg udara
  • ABS dengan EBD dan BA
  • Penderia parkir belakang
  • Rim besi dengan penutup plastik 14-inci dengan tayar 185/60R14
Model Standard AT ditambah dengan:
Gambar Saga 2019 11

  • Tiga port USB (1 Data, dua untuk mengecas)
  • Rim aloi 14-inci dengan tayar 185/60R14
  • Pelapik bumbung dengan fabrik Tricot yang lebih premium
  • Lampu kabin dengan mentol LED
  • Pemegang tangan atas dengan spring pulang semula, gerakan perlahan
  • Harga
    • 1.3 Standard 5MT – RM32,800
    • 1.3 Standard 4AT – RM35,800
    Proton Saga 1.3 Premium AT pula akan ditambah dengan:

    Gambar Saga 2019 8

    Gambar Saga 2019 6

    Gambar Saga 2019 5

    Gambar Saga 2019 4

    • Lampu nyalaan siang LED
    • Roda stereng dengan suis telefon dan audio
    • Lampu pada ruang but belakang
    • Skrin sesentuh infotainmen ‘terapung’ 7-inci dengan fungsi Android dan EasyConnect (hubungan ke telefon pintar Android)
    • Empat pembesar suara
    • Vehicle Stability Control (VSC)
    • Hill-hold Assist (HHA)
    • Penderia parkir depan dan belakang
    • Rim aloi 15-inci dua tona dengan tayar Silverstone Kruizer 185/55R15
    Harga
    • 1.3 Premium AT – RM39,800
    Kesemua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tidak termasuk insurans. Setiap belian Proton Saga 2019 ini didatangkan sekali dengan waranti lima-tahun atau 150,000 km, dan juga kos buruh percuma untuk tiga-kali servis.
    Gallery : 


    Comments

    1. Wow, Proton saga's really attractive... But, i am more looking forward the release of proton x50 malaysia !! Just a big fan of x50...

      ReplyDelete

    Post a Comment