Seorang pengacara televisyen Indonesia, Conchita Caroline mendedahkan pesawat Lion Air JT610 yang terhempas pagi Isnin lalu sudah mengalami beberapa masalah ketika dia menaiki penerbangan itu dari Denpasar ke Jakarta, sehari sebelum kejadian.
Pengacara TransTV itu berkata, dia bersama beberapa kru stesen berkenaan menaiki pesawat JT610 dari Bali ke Jakarta pada malam Ahad lalu sebelum ia terhempas ketika meneruskan penerbangan ke Pangkal Pinang pada pagi Isnin.
Hasil semakan Harian Metro mendapati pesawat sama dengan nombor pendaftaran PK-LQP jenis Boeing 737 MAX 8 digunakan untuk penerbangan Denpasar ke Jakarta pada jam 7.30 petang yang sudah mengalami masalah teknikal seperti didedahkan Conchita.
Comments
Post a Comment